majlis pembukaan HABIBAT :)

Assalamualaikum

Mungkin ini adalah entry yang pertama untuk blog habibat keh hehehe. maksud saya entry yang berbentuk story. entry ni di buat sempena untuk memperingati majlis pembukaan HABIBAT. sebenarnya habibat ni pada nama jak dulu la, sekarang ni baru la rasmi dah. dirasmikan oleh.. tak lain tak bukan TP la hehehe. majlis kami tu sangat meriah walaupun sebelum tu kami mengalami masalah untuk memilih tempat. tarikh dan banyak lagi la. tapi dengan bantuan Allah alhamdulillah majlis kami berjalan dengan jayanya. 

Majlis kami dihadiri oleh ramai pensyarah yang telah mengajar kami walaupun ada la sebilangan pensyarah yang penting bagi kami tak dapat datang tapi takpa kami redha. siyes kami memang sedih sebab ada pensyarah yang tak dapat datang dan di antara pensyarah yang tak dapat datang tu adalah pensyarah yang penting bagi kami. tapi yang buat kami sangat terharu kan, ustaz alwee even sakit mata dia sanggup datang untuk kami. kami memang surprise gila huhu. maklumlah majlis kami tu bertembung dengan majlis budak sem4 dan apids. Dalam majlis tu juga kami ada memberikan cenderahati berupa gambar habibat kepada semua pensyarah.

Akhowat pula menyampaikan seloka untuk para pensyarah. seloka tu dibuat oleh sahabat kami NUR QADEERAH THARIC. seloka tu sangat kreatif, syukran diucapkan untuk qadeerah hehehe. Alhamdulillah wajah-wajah pensyarah kelihatan begitu ceria mendengarkan seloka -seloka yang telah di sampaikan. Selepas jak majlis pembukaan HABIBAT tu selesai. kami teruskan pula dengan acara yang sangat-sangat dinantikan dalam kalangan kami, tukar-tukar hadiah la. memang best sangat masa tu kan kawan-kawan, semua pun dapat hadiah masing-masing dan semua nampak puas hati jak kan dengan hadiah yang sahabat kita berikan. ALHAMDULILLAH :)

Tapi satu perkara yang tak pernah kami lupakan iaitu "mencipta kenangan" dengan kata lain tangkap gambar. lepas ni  majmuah9 dan majmuah10 takda lagi kan. kalau ada pun untuk junior-junior yang bakal tiba. kelas intensif pun dah berakhir:( kelas intensif la yang telah mencipta pelbagai kenangan antara kami. mesti kita akan rindu saat-saat tu kembali lagi kan. tapi malangnya masa takkan boleh diundurkan lagi. hidup mesti di teruskan. HIDUP HABIBAT!! jumpa di asasi ^_^

Gambar-gambar kami sepanjang majlis 

our big boss :)


pensyarah yang dirindui.

pensyarah yang dirindui
hero habibat -_-


riangnya saat kita ketawaaaa :D

ikhwah habibat ^_^



sekian. syukran :)



1 comments:

Namikaze Naomi said...

waaaa... a great moment ever after... anyway.. afwan ya sodiqi.. ^_^

Post a Comment


up