Latar Belakang Kursus Intensif Bahasa Arab

Assalamualaikum w.b.t.

Kursus ini merupakan inisiatif Bahagian Pendidikan Islam Negeri Sabah (SPIM) dengan kerjasama Yayasan Sabah dan Sarawak untuk meperbanyakkan Ustaz dan Ustazah yang berkhidmat dinegeri Sabah dan Sarawak. Setiap tahun dari Sabah akan ada 25-30 orang pelajar akan diambil , dari Sarawak dalam 20 orang setahun.Tempoh pengajian di APIUM,Nilam Puri adalah 3 tahun ( 1 tahun-kursus Bahasa Arab ) dan 2 tahun ( Asasi Pengajian Islam). Setelah habis 3 tahun , akan terus menyambung 4 tahun di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam.

Program ini terhenti selama 4 tahun atas masalah pihak atasan Universiti Malaya yang mengatakan pelajar yang dikeluarkan tidak bermutu. Pengambilan terakhir untuk Program ini ialah pada 2007. Dalam masa 4 tahun itu pihak Bahagian Pendidikan Islam Negeri Sabah dan Sarawak tidak berputus asa untuk melakukan apa saja supaya program ini dapat diteruskan. Pihak Universiti Sains Islam Malaysia juga berminat untuk mengambil alih Program ini dan meneruskannya berdasarkan silibus sebelum ini.

Alhamdulillah, akhirnya Program ini dapat diteruskan untuk sesi 2012/2013 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri . Sekarang Program Kursus Bahasa Arab ini bukan sahaja untuk pelajar Sabah dan Sarawak malahan pihak APIUM,Nilam Puri telah membuat satu lagi kejayaan dengan mengambil pelajar luar negara iaitu pelajar dari Thailand. Memandangkan Program ini sebenarnya telah lama tetapi,Program ini tetap terasa baru disebabkna terhentinya selama 4 tahun dan penambahan pelajar dari Thailand. Untuk sesi 2012/2013 pengambilan pelajar tidak seperti dulu sekarang setiap negeri dihadkan hanya 15 pelajar sahaja manakala dari Thailand 5 orang sebagai percubaan pertama.

Tempoh pengajian di APIUM,Nilam Puri adalah 2 tahun tidak seperti dulu iaitu 3 tahun. Kursus Intensif Bahasa Arab mengandungi 2 semester lebih kurang setahun selepas itu sambung format Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya yang baru iaitu 3 semester ( 2 semester panjang dan 1 semester singkat) tidak seperti sebelum ini 4 semester. Setelah menamatkan 2 tahun , akan terus menyambung 4 or 3 tahun di Universiti Malaya,Kuala Lumpur dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Islam yang terbahagi kepada tiga Sarjana Muda Pendidikan Islam ,Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Muda Usuluddin

Tidak rugi belajar di Kursus Intensif Bahasa kerana lebih banyak ILMU yang akan dipelajari semasa Kursus Intensif Bahasa Arab ini biarpun masa kuliah sangatlah padat berbanding pelajar Asasi.

Antara subjek yang akan diambil semasa Kursus Intensif Bahasa Arab ::
1.Al-Aswat Wal Al-Tajwid -3 jam-
2.Al-Istima Wal Kalam -4 jam-
3.Al-Imla' Wa Al-Insya' -3 jam-
4.Al-Khitabah -2 jam-
5.Al-Tharwah Al-Lughawwiyah -2 jam-
6.Tasrif -2 jam-
7.Nahu -4 jam-
8.Sarf -4 jam-
9.Bahasa Inggeris -2 jam-
10.Al-Tarjamah -2 jam-
11.Al-Mutala -4 jam-
12.Etika Pengajian (sem 1) -2 jam-
13.Pendidikan Akhlak (sem 2) -2 jam-

Diharapakan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Amin...
Sekian...


1 comments:

Unknown said...

good!!! mabruk!!

Post a Comment


up