Mahabbah Rasulullah

Wahai Rasulullah,
tika ini,jika engkau hadir bertamu,
mungkin mengalir deras air matamu,
dek kesayuan mengenang ummatmu,
terlalu jauh dari Allah dan risalahmu.



Wahai Rasulullah,
kami tidak mahu lupai jasa dan kesukaranmu,
namun ramai yg mendustakan ajaranmu,
harta kini lebih dicintai dari cintamu,
cinta Allah dan rasul menjadi lafaz kaku,
seperti khayalan yg nyata palsu.



Wahai Rasulullah,
bersamamu,kami merindui kehidupan,
namun adakah diri ini punyai kelayakan,
dibanding sahabat,tabien dan solihin yg beriman,
dimanakah tempat kami disisi insan kesayangn Tuhan,
dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,



Wahai Rasulullah,
belas Allah kami harapkan,
moga,tatkala menjelang kematian,
jiwa yg sejahtera dapat kami hamparkan.




sajak dideklemasikan oleh Fahmid dan kawan2 nya malam maulidur rasul..

indah puitis... MARI KITA BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN NABI S.A.W.

BARISAN KERABAT HABIBAT 





Seminar Motivasi & Keusahawanan e-Commerce


Anjuran : Syarikat Hazz Al-Tawhidi Internasional.
Tempat : Hotel Grand Riverview.Kota Bharu,Kelantan.


















Selamat Hari Lahir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke-82

Kami kerabat HABIBAT mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada
 Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke-82...
Semoga Tok Guru sentiasa sihat wal afiat...
10/01/2013...



Majlis Kepimpinan HABIBAT


Barisan Majlis Tertinggi dan Lajnah2 dalam HABIBAT




Terbaru...

Kerabat HABIBAT penerus Generasi Penda'ie Muda di Sabah ,Sarawak & Thailand.



up