Selamat Tahun Baru Masihi 2013




Kredit :: Lajnah Multimedia,Teknologi dan Penerangan

Demi Palestin

Antara persembahan di Malam Demi Palestin...


Jihad


Sesungguhnya jihad fi sabilillah
Adalah suatu kisah kasih
suatu bahasa cinta
suatu panahan asmara
suatu lakaran kata
yang menusuk ke dalam jiwa


Si mujahid gugup seketika
terpegun dek keindahan citra
Yang membariskannya
Bersama mereka yang menikmati
halawatul iman
kemanisan yang dikecapi si mukmin
Bersama saf para syuhada’ dan mujahidin
yang hidup dan mati
dalam rangkaian kasih Ilahi


Sesungguhnya jihad fi sabilillah 
Mengangkat martabat peribadi
Yang tidak jemu dengan kesungguhan 
Demi kecemerlangan diri
dan tamadun insan
Dengan meneladani
Sunnah Rasul Rabbil ‘Alamin


Prof Hatta Shaharom
Gombak
1930

Kredit :: Majalah Jom! Isu No. 1


Laporan terbaru mengenai banjir



Statistik negeri2  yang dilanda banjir.


Statistik Negeri Kelantan.

Laporan dari Majlis Keselamatan Negara (25.12.2012 - 11.21 am)


Suasana Musim Hujan di Nilam Puri...





Gambar diatas suasana kawasan luar kampus











Gambar diatas keadaan Padang dan belakang APIUM,Nilam Puri

Gambar Admin


Gambar2 terkini akan menyusul lagi...


Kredit :: Lajnah Multimedia,Teknologi dan Penerangan







Laporan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara

Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara


Statistik untuk negeri Kelantan


laman web :: http://portalbanjir.mkn.gov.my

Gambar Terkini Keadaan Musim Hujan di Kelantan


Gambar di belakang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri.
                         



Gambar terkini 24.12.2014


Gambar 2 hari lepas 22.12.2012

Lagi gambar keadaan di Kelantan setakat jam 12.08 pm 24.12.2012 





Nantikan lagi gambar2 dan keadaan musim hujan di negeri Serambi Mekah...
Kredit: Lajnah Multimedia,Teknologi dan Penerangan



















Puisi Buat Lelaki Soleh


Aku kagum melihat seorang Jejaka,
Tampannya sukar Diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya..
Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang Pertama menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk Menunaikan seruannya….
Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya…
Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..
Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya….
Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA…
Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya
.

MATA KECILKU

SAJAK SEMPENA MALAM DEMI PALESTIN

Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Allahu akbar!

Jalan Kesaksianmu



Jalan syahadah ini
Bukan jalan yang baru dimulai
Bukan jalan yang dilakar sendiri
Namun padanya sebuah rentetan
Yang meruntum nurani yang patuh
Tunduk pada kalimah yang utuh.

Jalan syahadah ini
Membawa cinta yang bercahaya
Cinta yang memadam kuasa dusta
Yang membakar berabad lamanya
Merobek jahiliyah ke akar umbinya.

Pada jalan ini
Ada bebanan yang perlu dibawa
Ada suara yang harus didengari semua
Ada kebenaran yang wajib dibicara
Ke seluruh pelusuk alam semesta.

Inilah jalan kebenaran
Inilah jalan kehidupan 
Inilah syahadah yang benar.

Namun,
Dimana refleksi umat ini?
Syahadah hanya keruan di mulut
Padahnya di hati yang terkunci rapi.

Apa benar engkau cukup beriman?
Usah kira solatmu yang diakhir waktu
Tahajudmu yang berabad lalu
Sedekahmu yang dihitung-hitung dahulu
Tanyalah pada syahadahmu
Adakah ia masih laku?

Bangkit!
Carilah bukti syahadah itu
Pada perilaku dan kata-katamu
Pilihlah jalan-jalan ini
Untuk engkau kembali pada Ilahi
Dengan syahadah yang engkau jiwai
Dengan jawapan yang mampu menebusi
Nikmat SyurgaNya yang abadi.

Ahmad Ramdan Zainordin
Volgograd University,Russia

Kredit:: Majalah Jom!  iSu No. 1

Musim Hujan di Kelantan

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Nilam Puri,Kelantan.
Hujan rahmat membasahi bumi Serambi Mekah setiap hujung tahun.


Pemandangan di Hadapan Blog Al-Ghazali (Asrama Lelaki)


Pemandangan di Belakang Blok Al-Ghazali (Asrama Lelaki)





Majlis Tertinggi Kepimpinan HABIBAT


Presiden :: Azri Fadli Bin Zaki
T. Presiden :: Aaina Shahira Binti Rasidi

Setiausaha :: Syed Fahmid Bin Syed Hashim
T. Setiausaha :: Nur Farini Binti Abdullah

Bendahari :: Muhammad Afiq Bin Idris
T. Bendahari :: Siti Julekah Binti Abd. Wahab

Wahai Hati Bersabarlah

wahai hati bersabarlah..
tika tohmahan dilempar kepada mu
saat cacian mengiringi langkah mu
waktu hinaan diherdikkan terhadap dirimu
BERSABARLAH...

wahai hati bersabarlah..
tika gagal mendatangimu
saat kecewa memerli dirimu
waktu sedih mengejek tiap perasaan mu
BERSABARLAH...

wahai hati bersabarlah...
tika godaan datang menjetik iman..
saat dugaan menguji iman..
waktu cabaran mengusik iman...
BERSABARLAH..

Bersahabatlah dengan iman..
bercintalah dengan iman..
berkasihlah dengan iman...

moga engkau wahai hati sentiasa dibimbing iman... 

Ya Allah jaga hati ku... Amiin Ya Rabb...

KHAS BUAT HABIBAT

Daurah Ilmiah-Dr. Syed Abdurrahman-

Daurah Ilmiah yang pertama bersama Dr. Syed Abdurrahman.
Tajuk Daurah Ilmiah :: Akidah

Antara intipati yang saya dapat simpulkan berdasarkan Daurah Ilmiah tadi pagi ialah :


  1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.
  2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.
  3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Rukun Iman ada 6 perkara:
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab
  4. Percaya kepada Rasul
  5. Percaya kepada Hari Kiamat
  6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar
Antara gambar semasa Daurah Ilmiah:: 

Dr. Syed Abdurrahman

Pelajar Akhowat




Pelajar Ikhwah












Wanita Solehah


Beribu wanita telah ku temui didunia ini

Tak kira bangsa mahupun agama
Bermacam ragam jua karena

Namun

Baru kini kutemui wanita yang menjadi idaman hatiku
Ianya adalah seorang wanita solehah
Itulah wanita pilihan hati
Seorang insan yang bisa menjadi pencetus cinta sejati

Dialah…
Seorang wanita yang mempunyai perasaan malu
Dan tunduk kasih pada yang satu

Dialah…
Seorang wanita yang menutupi segala perhiasan
Yang ada padah tubuhnya dari dilihat insan yang lain
Selain seorang yang bergelar suami mahupun wali

Dialah… 
Seorang yang bisa mendorongku kejalan yang lurus

Dialah… 
Seorang yang menjadi penenang dikala hatiku duka dalam tawar
Dialah insan terbaik buat diriku
Sepertimana dikatakan dengan sahihnya
Tiada perhiasan yang terindah didunia ini selain daripada wanita solehah
Itulah wanita pujaan hatiku

Dulu hati ini sukar untuk mencintai seorang wanita

Namun

Dengan hadirnya seorang yang bergelar solehah
Diri ini dapat mencapai ketahap cinta sejati

Iaitu

Cinta pada yang Esa

Cinta pada Rasul-Nya

Dan

Cinta pada setiap makhluk-Nya

Serta cinta pada ciptaan-Nya

Itulah cinta yang menjadi idaman kalbu
Yang terlekat di sanubari

Sajak Erti Persahabatan | Sahabat Bukan Kawan

Erti Persahabatan

Bagaimana bisa ku nilai persahabatan?
tak terjangkau tanganku untuk menggapainya,
mindaku juga sering keliru memikirkannya,
begitu juga lidahku yang kerap kali kelu,
semakin ku fikirkan, semakin bercambah pertanyaan,
entah bagaimana untuk ku temu jawapannya.

Cukupkah persahabatan jika harta jadi cagaran?
yang kaya pasti berteman dan yang miskin dicemuh,
Atau yang bercambah disebalik kuasa digenggaman,
pasti dikelilingnya teman yang bisa berdampingan
apakah persahabatan itu penceria suasana?
ataupun penglipur lara tatkala bersedih,

Teman itu yang bisa membuat hati senang
tapi ku tak mahu yang membiarkanku terleka
Jika begitu, yang sering menegur itulah teman
menegur hingga ku bisa terluka dan bersedih?
ku tidak pasti bisakah ku menanggungnya,
kerana itu perlunya bil hikmah.

Lantas bagaimana harus ku kenal mereka,
teman mahupun yang mengambil kesempatan,
teman itu bisa kau kenal sepanjang hidupmu,
kau melihat, menghayati dan menilai mereka,
tak semestinya teman itu sentiasa bersamamu
tapi semangatnya itu sentiasa mengiringimu

aku sahaja yang inginkan teman yang baik,
mungkin indah impian ini buat diriku,
tapi persahabatan itu bukan untuk seorang sahaja,
mereka juga inginkanku sebagai teman mereka,
itu cagaran biasa dalam berteman,
dan ku juga harus menjadi teman yang baik.

Assalamualaikum...

Ini adalah blog terbaru HABIBAT...blog yang sebelum nie ada masalah yg tidak dapat dielakkan...admin memohon maaf banyak2 atas kecuaian admin semasa mengupgrade blog HABIBAT yg pertama...




up